Gino Pizza

Selamat datang ke laman web pertama kami selepas 12 tahun berniaga! Sejak 2013, kami fokus menghasilkan pizza New York yang autentik, yang dipromosi pelanggan kami dengan perkongsian dari mulut ke mulut sehingga menjadi permata tersembunyi di Kota Bharu. Terima kasih kepada pelanggan setia kami

Sekarang kami beroperasi didua lokasi

Usaha Kami

Untuk mendapatkan rasa pizza New York yang asli kami membuat sendiri dari awal bahan dan produk yang diperlukan seperti doh, sos, pasta, roti, toppings dan sebagainya.

SENTIASA SEGAR,
DIBUAT SETIAP HARI

DOH PIZZA

Doh Pizza dibuat setiap hari untuk dibuat pizza untuk hari esok dan lusa.

Doh perlu diperap dengan perlahan pada suhu rendah sekurang kurangnya 24 jam dan sebaiknya 48 jam. Dibuat dengan tepung khusus untuk pizza dengan hanya 3 bahan lain iaitu garam yis dan air.

Rasa dan tekstur New York pizza terhasil dari proses menguli dan memerap doh pada jangkamasa dan suhu tertentu.

ROTI & BUN

Kami buat sendiri roti dan bun untuk garlic bread dan burger ayam.

Memang lebih mudah untuk kami gunakan roti yang dibeli tapi ia tidak memnuhi citarasa yang kami inginkan.

Samada kami buat yang terbaik atau kami langsung tak buat.

PASTA SEGAR

Selain pizza lasagne di Gino Pizza juga popular kerana sos daging tradisional yang digemari ramai.

Apabila kami mengalami quality pasta lasagne kering yang tidak konsisten kami memutuskan untuk membuat pasta sendiri.

Pasta segar untuk lasagne menjadikan lasagne di Gino Pizza lebih baik dan unik di Kota Bharu dan disamping itu kami juga membuat pasta fettuccine segar.

PITSTOP TERBAIK DIPERJALANAN PULANG DARI KERJA

Ceriakan keluarga anda bila pulang kerja dengan sekotak Gino Pizza! Ia adalah makan yang menyeronokkan lagi mengenyangkan dan menjimatkan masa anda untuk memasak makan malam.

Pizza di Gino dibuat dari bahan segar dan semula jadi yang lebih memuaskan.

SATU SATUNYA TEMPAT UNTUK DAPATKAN SICILIAN PIZZA & CALZONE DI KOTA BHARU

New York terkenal kerana “thin crust pizza” dan pizza Sicilian. Banyak restoran menyediakan “thin crust” pizza ala New York namun tiada yang menyediakan pizza Sicilian kecuali di Gino Pizza. Dengan crust yang agak tebal yang rangup diluar, ringan dan kenyal didalamnya.

Satu pengalaman pizza yang baru yang digemari oleh peminat pizza.

Satu lagi item klasik menu pizzeria di New York ialah Calzone. Pizza yang dilipat dengan keju didalam yang dimakan dengan sos tomato marinara.

Restoran Gino Pizza

GINO PIZZA Kota Bharu

2499 Jalan Abdul Kadir Adabi, Kota Kenangan, 15200 Kota Bharu

Waktu Operasi (6 Hari Seminggu)

Sabtu hingga Khamis 1:30pm ke 10:00pm

Jumaat 4:00pm ke 10:00pm

Tutup Hari Isnin

GINO PIZZA CAFE

PT 155, KAMPUNG KUTAN,
16250 WAKAF BHARU

Waltu Operasi (7 Hari Seminggu)

Sabtu hingga Khamis: 2:30PM – 10:00PM

Jumaat: 4:00PM – 10:00PM