SEJARAH KAMI

Pengasas Gino Pizza telah merantau ke New York pada tahun 2012 hanya untuk mempelajari seni pembuatan New York pizza. Kami mempelajari cara membuatnya di Goodfella’s Pizza, Staten Island, New York.

Kesukarannya bermula setelah pulang ke Kota Bharu dari New York kerana jenama bahan mentah untuk membuat New York pizza yang kami pelajari tidak terdapat di Kota Bharu. Kami terpaksa mengkaji spesifikasi setiap bahan utama dari jenama yang kami biasa gunakan di New York untuk mencari penganti bahan dari pembekal tempatan yang tepat dan akhirnya kami berjaya dan ia merupakan satu kejayaan yang diluar jangkaan kami pada mulanya.

Malangnya itu bukanlah berakhirnya masalah kami kerana pizza yang kami hasilkan dengan cara yang kami pelajari semasa di New York tidak menghasilkan rasa dan tekstur seperti di New York. Cuaca yang panas dan lembab perlu diambil kira dalam proses pembuatan pizza tambahan pula waktu kami belajar di New York adalah ditengah musim sejuk. Kami telah mengolah proses pembuatan dengan berbagai cara dan akhirnya kami berjaya menbuat pizza yang sama seperti di New York.

Ia bergantung pada suhu dan tempoh masa menguli doh, memerap doh, menebar dan membakar pizza.